Friday, May 20, 2011

Argh!!!!!!!!!!!!!!!!!

Salam...

 Esok akan senyaplah dunia 'facebook' dan 'blog' buat seketika... Sebab budak2 da nak mula masuk belajar.... Aku pun akan melenyapkan diri dari dunia maya buat seketika.... Argh!!!!!!!!!!!!! Macam tak percaya pula, aku da nak blah dari rumah... Hehehehehe... ;p

 Esok akan bermulanya kehidupan baru buatku dan kawan2 yang seangkatan dengan aku.. Kami akan membuka buka baru dalam dunia kehidupan yang penuh onak dan duri... Dunia yang penuh cabaran dan rintangan... Semoga buku baru ini akan dihiasi dengan catatan dan lakaran indah kehidupan.. :-) 

 Aku berharap dengan buku baru ini, aku akan lebih dewasa dan matang.. Tiada lagi sifat childish... Boleh ke aku jadi orang yang lebih matured? Apa2 pun, aku harus berfikiran positif dan memandang jauh ke hadapan kerana dunia yang akan aku hadapi ini tiada siapa yang tahu kecuali Ilahi.... Aku tidak boleh memandang kebelakang dan terus dibayangi dengan kegagalan lalu.. Aku mesti bangkit dan terus mengejar impian.. Argh!!!!!!!!!!! Itu tekadku... Aku mengharap sokongan kalian... Buat kawan2 yang akan sama kampus cam fath, emma, acab n lain2 2... Kita belajar sama2 ok? Huhuhuhu.. excited pula nak study.. Bajet je lebih..

 

Tuesday, May 17, 2011

Sedih nye.......... :-(

Salam...



Hari nie aku sedih sangat... Bukan sebab kena marah ke apa.. Tapi sebab tak dapat lepak dengan kawan2 kelas aku... Sedih gile... Kenapa ar benda nie datang bila aku da ada rancangan aku sendiri? Ntah ar... Geram pun ada.. Penat je aku plan benda tu semua... Hampeh!!!!!! Cam sampah!! Dah nasib aku agaknya... Sabar je lah~~~ Mungkin benda nie ada hikmah.. :-)    Hati tengah sakit nie... Ibu cakap lain kali try plan lagi.. Lagipun kita manusia hanya mampu merancang, Tuhan yang tentukan... Betul x? Bila fikir balik, betul juga tu... aku nie cuma manusia biasa bukan nya ada kuasa luar biasa untuk tentukan apa yang aku rancang tu mesti akan jadi kenyataan.. Tak pa... T bila abis belajar atau time cuti semesta.. aku akan plan lagi... Aku akan pastikan ia nya akan jadi kenyataan satu hari nanti... Amin~~ Ceh, nak bajet pula..



Padahal hati nie sedih... :-( Sabar ye hati... Walau di mana aku dan kawan2 dicampakkan, ikatan yang terjalin takkan putus.. Sebab ikatan tu akan sentiasa ada walau tak bersua muka.. Sebab kenangan antara kami takkan pernah luput dalam kotak memori kami... Dan aku percaya, satu hari nanti kami akan bersatu kembali... Ye... Satu hari nanti.. Hari tu akan tiba juga... Aku pasti... Ia nya akan muncul bila Tuhan nak ia nya berlaku... So, aku akan berusaha untuk biarkan ia nya berlaku... ;p Chaiyok2!!! Aja2 Fighting Syaza!!  kawan2.. Hari itu akan tiba juga.. Hari yang akan menyatukan kita semua...

 

Sunday, May 15, 2011

Nyampah kot

Eeeeeeeeeiiiiiiiiii!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!


 Sumpah nyampah... Semak je.... Aku da ar memang sejak azali tak suka kau... Kau da mermpas segalanya dari aku...... Aku tak kan pernah maafkan kau....... Kau ingat kau bagus sangat? Blah ar... Memang tak ar...... Poyo nak mampos!!!!!!!!! Menyusahkan hidup aku.... Eeeiiiiiiiii...... TAK SUKA!!!!!! tolong ar berambus dari hidup aku... TOLONG!!!!!!!! Aku dah tak tahan dah... So,  PLEASE!!!!!!!!!! Tolong pergi dan jangan kembali........ FAHAM TAK???????????  Suka kacau aku.... Penat tau tak.... Asal kau semak kat umah aku ar? Boleh tolong jawab tak?

Korang nak tau apa yang menyebabkan aku menulis entry nie? Nie semua sebab dia.... Semua nie salah dia... Dia memang mengacau hujung minggu ku yang ceria nie... Eeeeeeiiiii...... Pengacau tegar..... Jangan kacau lagi....


Benda nie ar yang mengacau aku.... Dah ar aku memang geli tahap 5 stars punya geli.... Eeeeeeiiiiiiii.... Meremang bulu roma aku.......

Thursday, May 12, 2011

Konfem ;p


Aku da tak nak serabut2 lagi da.. So, bagi orang yang tak puas ati tu.. Aku mintak maaf lah ye... Nie masa depan aku bukan masa depan korang... NIe duit mak bapak aku bukan duit mak bapak korang... Harap paham lah ye? 

 Hari nie aku terpaksa beratur selama 2 jam semata-mata nak uruskan bayaran yuran UiTM dan buka akaun baru untuk bank yang berkenaan. Dah ar ramai manusia, staff yang menguruskan aku dan budak2 yang nak buka akaun dan membuat pembayaran hanya seorang. Bayangkan macam mana lembab nye proses 2? Argh!!!!!!! Leceh betul, nasib baik ni semua untuk masa depan aku gak kalau tak jangan harap aku nak tunggu lama2. Memang tak ar.. Kalau ikut hati nak berambus je dari bank tu tapi bila fikir balik, kalau aku buat lambat nanti lagi kelam-kabut. Sabar je ar~

 So, tepat jam 1.30 petang segala urusan di bank selesai. Aku bernasib baik juga kerana datang awal, cuba bayangkan yang baru datang pukul 1.30 petang tu macam mana? Berapa lama diorang kene tunggu? Nasib2~ 

 So, konfem lah aku akan melangkah ke UiTM Kuala Pilah, Negeri Sembilan. Tiga tahun aku akan meringkuk kat tempat tu. Sabar je ar ~~~~~~~~~ Nasib baik ramai member aku dapat kat sana, tak ar aku akan meringkuk kat situ sorang2.. Hehehehehe.... ;p

 Tak lama lagi akan bermulalah kisah baru dalam hidup aku. Di satu lagi daerah di Negeri Sembilan. Sekali lagi aku akan berada di negeri itu. Kenalan2 aku sibuk mengatakan yang kemungkinan aku dan negeri itu tak dapat dipisahkan lagi.. Poyo gile ayat.. Ngeee~~~~ Mungkin betul gak apa yang diorang cakap coz da 3 kali berturut2 aku dapat negeri yang sama.. Sekolah,PLKN, dan sekarang nie U pulak.. Ish2....

Sebenarnya kalau nak belajar kat mana2 pun boleh.. Betul x? Pape pun aku kene belajar betul2... ;p

Wat kawan2 yang akan melangkah ke dimensi baru dalam hidup, aku doakan semoga berjaya dan segalanya akan baik2 je... All the best babe!

Monday, May 09, 2011

Aku bermimpi atau si dia yang termimpi?


Wow! Aku mimpi apa ek malam tadi? Mesti mimpi tu pelik, sebab hari nie satu keajaiban dah berlaku. Someone yang da lama missing dalam hidup aku tiba2 muncul balik. Pelik bin Ajaib. Tapi tak pe, mungkin ada hikmah dalam apa yang berlaku? Siapa tahu, betul tak? 
 Aku terkejut gila bila ada satu nombor ni tiba2 call. Cuak pula nak angkat, mana ar tau orang jahat ke? Hehehehe.... Merepek je aku ni kan? Ok2, berbalik pada mimpi tadi, aku rasa aku tak bermimpi coz aku tengok kat call history phone aku, ade nombor dia. So, bukan aku yang mimpi tapi dia yang mimpi.
 Macam biasa ar kitorang tak pernah berbual cam kawan bukan bermaksud aku ada apa2 dengan dia tapi kitorang memang akan abiskan kredit camtu je coz tak tau nak cakap apa bila jumpa or calling... ;p
So, sebenarnya siapa yang telah mengalami mimpi yang aneh dan membawa keajaiban? Hahahahha

Sunday, May 08, 2011

Mother's day!

Aku tak tau nak cerita apa untuk hari ibu nie.. Sebab setiap tahun aku akan beli hadiah 2 in 1 coz birthday ibu 2 mei dan hari ibu 2nd week of may.. Bukan aku kedekut ok. Tapi jimat, lagipun aku nie sangat tidak kreatif dalam bab membeli hadiah.. Hehehe ;p Tahun nie aku jadi orang 1st yang wish.. Actually, setiap tahun memang aku jadi orang 1st yang wish pun.. Alamak bangga pulak. Hehehe... Kesian adik aku, dia always jadi orang yang lambat. Dan aku akan mengekalkan reputasi sebagai ahli keluarga yang peka terhadap tarikh-tarikh penting dalam keluarga.

Yang paling penting sekali kita sentiasa menghargai ibu walaupun bukan hari ibu sebab ibu sentiasa ada dengan kita setiap kali kita memerlukannya. Cuma kita sebagai anak sering leka dan alpa dengan hal duniawi sehingga terlupa akan ibu.

Happy Mother's Day!!!!!!!!

for all mother in the world.. 
especially my mom, 
Puan Sahudah Bt Juraimi

Love you mom! 




Friday, May 06, 2011

Help Me!!!!!

Aku tak tau apa masalah aku sekarang ni. Adakah aku ni seorang yang tidak reti bersyukur? Mana tak nya, bila tak dapat kecewa. Dah dapat nak lepaskan.
 Mesti korang tak faham apa yang aku bebel ni kan? Ok, actually biasalah kan budak2 yang baru lepas SPM cam aku. Macam2 yang dirancang supaya dapat sambung belajar kat tempat yang best2 dan diminati.
 Aku sekarang ni ada masalah jiwa sebab before ni aku sangat sedih dengan results SPM yang sangat ' gempak '. Lepas tu, aku isi segala jenis borang yang aku boleh isi. Contohnya:
  •  Borang UPU
  •  Borang Matrik
  •  Borang SPA
  •  Borang UniKL
  •  Borang KPLSPM
  •  Borang KPTM
  •  Borang scholarship MARA
  •  dan lain2
Surat tawaran dari kolej2 pun melambak. Dah boleh buat koleksi. Masalahnya sekarang ialah aku konfius nak pilih yang mana. yang dah kene reject tu lain cerita lah kan. Hehehe.... ;p
 Ini pula yang aku dapat:
  •  UniKL - Diploma in Pharmacy


  • Matrikulasi - KMJ 

  • SPA - Interview dulu

  • UPU - UiTM Diploma Sains

Dan yang lain2...
 
 Ini pula antara jawapan kegagalan:

  • KPLSPM

  • Tingkatan 6
 

So, apa konklusinya? Tolonglah aku.... Better aku buat solat istikharah... ;p

Thursday, May 05, 2011

Yahoo!!!!!!!!

Yeah!!!!!!! 



 Mesti ada yang pelik asal aku happy sangatkan? Of course aku happy sebab english's class da abis.... Tak payah susah2 aku nak menapak ke stesen bas... Hehehe.... Penat tau tunggu bagai nak rak, bila tanya kat uncle dreber bila nak gerak... Eee!! Bukan dapat jawapan... Dapat maki ada ar... Tak mesra alam betul... Tunggu da dekat sejam.. Bas tak gerak2.. Nak tanya takut kene maki lagi... Da dekat 2 jam tunggu sampai ade 1 lagi bas yang akan menghala ke destinasi yang sama tiba ke stesen.. Boleh pula uncle dreber yang emo tu cakap, korang naik bas nie nanti sebab bas yang saya bawa rosak... Ya Allah, sabar je lah~~ dalam hati nie da berbakul2 aku maki... Cuaca da ar panas... Tempat tunggu pun tak kondusif... pihak berwajib tak buat pantauan ke? Kotor + busuk lagi... Macam tempat pembuangan sampah... Ish2... Nie lah masalah rakyat kat negara kita nie.. Suka buang sampah merata-rata... kadang2 aku pun buat juga, tapi itu dulu time zaman jahiliah. Sekarang da tak. ;p Padahal tong sampah depan mata je... Cuma kene gerak beberapa langkah je... Tu pun malas... Aku bukan nak kutuk orang tapi tu lah masalahnya... 

Apsal aku da kuar topik ni? Tak pe, kite kembali kepada topik asal... Aku happy bukan sebab kelas da abis je tapi... Esok kalau tak de aral melintang, aku akan ke Perak.. Jalan2 dengan family, sebenarnya tujuan utama ialah melawat cousin aku yang tengah study kat sane.. Manalah tau kalau ade rezeki, aku pula yang akan belajar di situ... Hehehe... InsyaAllah kalau ada rezeki tak ke mana... Amin... Korang doakan aku juga ye.. ;p



Tuesday, May 03, 2011

Pening kepala...

Hai semua...
 Korang tau kan yang results matrik da keluar.. Aku da check pun... Tapi en, aku still x tau mana yang harus aku tuju... Kawan2 aku ramai yang dapat sama tempat dengan aku... Kolej Matrikulasi Johor... KMJ nie pun bukan jauh sangat dengan rumah parents aku... Dekat je... Tapi 2 ar.. Aku tak tau nak pilih mana... Orang ramai cakap ikut kemampuan aku tapi masalahnya sekarang aku tak tau apa yang aku mampu... Lepas results SPM aku cukup2 makan aku jadi keliru dengan diri aku sendiri.. Aku bukan lagi pelajar cemerlang macam zaman menengah rendah dan sekolah rendah... Aku da tewas.. Aku da kecundang.. Kepala aku pun da serabut fikir benda nie je dari last week lepas aku tengok results matrik... Argh!!!!!!!!!! Pening...


Sunday, May 01, 2011

Ape nie?





Ntah kenapa tiba2 aku teringat kat someone ni. Aku akui dia bukan yang pertama tapi dia ialah pandang pertama. First time aku tengok dia aku dah mula minat untuk kenal dan tahu siapa dia. Namun, selepas aku melihat tingkah lakunya yang seperti tidak mengendahkan kehadiran perempuan di sisi, aku jadi menyampah. Aku tak pernah terfikir bahawa aku akan minat kat dia sungguh2 coz mula2 aku tak suka dia. Bagi aku, dia seorang yang sangat sombong. Tidak pernah senyum pada mana2 girls yang lalu dan memandangnya tanpa berkelip. Bajet handsome je. 2 bukan aku je yang cakap, kawan2 aku pun cakap. Diorang marah sangat bila tahu yang aku ada hati kat mamat kerek 2. Orang semua cakap aku takkan ada peluang untuk berbual dengan dia walaupun hanya berbalas senyuman. Aku anggap itu 1 cabaran. Aku mulakan dengan menonjolkan kehebatan diri aku. Aku nak dia kenal aku kerana kehebatan aku, bukan kegedikan aku.



 Budak2 bilik aku semua cakap yang aku takkan mampu tarik perhatian dia untuk berbual atau saling mengenali antara 1 sama lain. Aku amik itu sebagai caabaran. Sebenarnya aku bukan minat sangat kat mamat 2 mula2-nya. Namun, apabila segala usaha yang aku lakukan untuk menarik perhatian dia berhasil, ada 1 rasa yang lain wujud. Bukan aku tak pernah minat dekat mana2 lelaki sebelum tu tapi dia ni lain sikit (bukan sikit tapi banyak) ;p
 Ibu aku pun pelik bila tengok aku ni asyik tersenyum je kalau phone bunyi. Selalunya aku wat bodo je kalau phone bunyi tapi lepas kenal dengan mamat 2 phone 24 hours dalam tangan bila cuti sekolah. Aku tak pernah cite pasal kawan lelaki kat ibu dengan excited macam aku cite tentang dia. Ibu suka tengok mamat 2, bersopan santun, baik budi pekerti. Mana tak baiknya, mamat 2 rakan surau tau. Hehehe... 



2 lah lainnya dia daripada lelaki2 lain yang aku kenal. Selalu bagi aku support untuk terus sukses. dan aku lakukan perkara yang sama untuk dia. Aku tak pernah wat keje bodo dengan terlalu take care pasal seorang lelaki. Aku akan jadi sangat risau bila tau dia tak masuk kelas sebab demam (da pergi klinik ke belum? da makan ubat ke lom?), aku akan jadi sangat risau bila dia kene denda dengan cikgu (sepatutnya bukan ada kaitan dengan aku) Aku jadi cemburu bila dia dah mula untuk bergaul dengan kawan2 perempuan. Aku tak pernah serabut nak bagi hadiah birthday kat kawan lelaki tapi dia ialah the 1st one. Sampai sekarang aku tak boleh lupakan dia walaupun dia da lama ghaib. Hai~ lelaki2... Kenapalah kau pernah muncul dalam hidup ku? Mana kau menghilang?
Ibu cakap, dia maybe nak fokus dalam pelajaran dia. N aku akui itu benar, dia perlu fokus dan aku juga perlu fokus. Ntah ar.. Aku keliru dengan diri aku sendiri dan aku keliru dengan sikap dia yang sukar dijangka dan tak terjangka.



Apakah kesudahan buat cerita ini? Pastikah ada kesudahannya?