Tuesday, August 30, 2011

Fuhh~

Hai semua...
Fuhh~
Penatnya Syaza hari hari ni... Sedara mara datang tak putus2.. Yang jauh yang dekat semua datang.. Ini baru 1st day... Esok akan ada 2nd trip dari sedara mara yang lain... Tak kering tangan Syaza dibuatnya, ya lah macam mana nak kering kalau asyik basuh pinggan mangkuk + cawan gelas..
Apa2 pun tetamu perlu dilayan sebab itu lah pembuka rezeki.. ;p
Abis semua ketupat rendang, alhamdulillah~ Tak membazir...


Syaza & adik2...


Syaza :-)



Liyana :-p



Haziq :-)




Last Day Before Raya

Hai semua...
Malam ni malam raya.. Meskipun malam raya tahun ni tidak seperti dahulu kala namun ia tetap meriah terutamanya apabila sedara mara berkumpul bersama untuk berbuka puasa dan bergotong royong menyiapkan juadah berbuka serta ketupat rendang.




Gembiranya kami... Tapi bila dah makan bersama, dah kenyang bersama... Kita kena bersihkan bersama.. :-)



Nampak tak keRAJINan Syaza dan sepupu2 Syaza.. ;p

Semuanya dah siap masak... Huhuhu.. Tapi Syaza tolong tengok je.. Heheheehe.. Tak ada ar, Syaza tolong kupas bawang dan blender segala jenis macam benda yang digunakan di dalam masakan... Rajin kan Syaza? ;p




ketupat, rendang dan ketupat periuk kera... Yumyum.... :P

Sunday, August 28, 2011

Cerita Lawak Shopping Raya

Hai semua..
Semalam lepas je Syaza sampai dekat bumi Maharani, kami sekeluarga telah singgah di sebuah kedai kasut...


kedai kasut Bata~

Nak dijadikan cerita, time Syaza and adik Syaza tengah belik2 kasut yang ada.. Berkenan kat satu kasut high heels ni... Try ar kasut tu, sesuai ke tak..




sekadar gambar hiasan

 Saiz tu besar pula, jadi Syaza minta ar dekat salesman kedai tu saiz yang kecil sikit... Salesman tu pun pergi ar cari kasut tu kat stor...

Ibu: berapa harga dia ngah?
Syaza: -tengok ke arah tapak kasut- RM70 bu.
Ibu: mahalnya, ayah bagi RM50 je.
Achik: lawa ar bu.
Ibu: Ibu, hantar adik naik kereta dulu.

Ibu terus memimpin adik ke arah kereta. Lama pula tu. Tiba2 ibu membuka pintu kereta di bahagian sebelah pemandu.

Syaza: Chik, aku tunggu kau kat kereta ea?

Syaza terus menuju ke arah kereta, dan tiba2 achik berlari ke arah Syaza. Syaza pun apa lagi masuk ar dalam kereta. Ibu dan ayah pelik dengan kami. Syaza mengesa ayah untuk terus berlalu dari kedai itu.
Kami menundukkan kepala takut dicari oleh salesman itu tadi... Lawak gila masa ni, lagi2 bila tengok achik berlari ke arah Syaza. Sepanjang perjalanan pulang, kami asyik tergelak dan kami juga berjanji takkan ke kedai itu lagi. Malu~




Saturday, August 27, 2011

LOL Night

Hai semua...
Hari ni Syaza nak cerita pasal berbuka puasa.. Huhuhu...
Before kitorang balik beraya, kelas Syaza ada buat iftar ramadhan...





Lokasi kejadian adalah di Melang Pot, Melang, Kuala Pilah, Negeri Sembilan.
Eventhought tak semua yang join tapi tetap gempak, kelas Syaza kat mana2 pun akan kecoh...
Yang join iftar ramdhan tu semua sekali 21 orang + 1 lecturer... 15 perempuan + 7 lelaki (lecturer tu termasuk dalam golongan lelaki).
Ketua Program: Shahirah Shahruddin
Pen. Ketua Program: Fatana Fauzi
Setiausaha: Atika Hamka
Bendahari: Syazana Hussin :)
Masa mula2 plan tu, ingatkan nak buat kat Bahau tapi tak jadi sebab jauh sangat dan tak ada transport.
Akhirnya, kitorang decided buat kat Pilah Philea je.. ;p
Walaupun agak kelam-kabut tapi semuanya berjalan lancar... :-)







Nampak sedap kan? :p


Walaupun lewat makanan tu semua sampai, tapi semua kenyang.. ;p



nampak tak lahap nya kawan2 Syaza?



saranghae <3

Tuesday, August 23, 2011

Suka2

Hai semua...
Hari ni happy sangat.... Sebab macam2 berlaku...
Semalam merupakan hari paling sengal sekali, sebab Syaza terbuat pengakuan bodoh dekat kawan2 Syaza... Yang paling sakit hati, Shyra Sahar boleh rakam... Tapi, Syaza berjaya delete rakaman tu... Hehehehehehhe...
Hari ni kelas mula pukul 2 petang, sepatutnya pukul 4 petang tapi ada kelas ganti untuk subjek Biology... Terpaksalah datang kelas pukul 2 petang.. Sedih!
Time kat kelas Biology, Syaza duduk depan sekali... Semangat nak belajar Biology.. My favourite subject! Huhuhuhuhu... Sebaris dengan Syaza ialah Aizat professor (sebelah kiri), Asyraf ggb (sebelah kanan), Adiba, Shyra Sahar...
Yang bestnya, time lecture kitorang main passing2 surat.. Hahahahaha.. Macam zaman sekolah dulu.. Teringat pula masa sekolah main pass2 surat dengan Mila, Emma Meow, Fath, Niniey tapi tu time subjek Pend. Islam.. Hahhahahaha..



Si Tika, Shyra Sahar and Adiba asyik tersengih2 sebab Syaza duduk dekat dengan YANG TIDAK PERLU DISEBUTKAN NAMANYA~~~~~
Diorang cakap, Syaza dengan YANG TIDAK PERLU DISEBUTKAN NAMANYA dah macam sweet couple.. Sengal habis.. Tapi Syaza tak kisah.. Hahahahahahahaa..... Poyo betul Syaza ni....



Kitorang ada bincang pasal pendaftaran HBU untuk next sem tau.. Syaza ajak Shira Aziz masuk Pembinaan diri atau Kebudayaan, tapi dia mana minat dengan kebudayaan... So, kitorang plan nak daftar HBU untuk Pembinaan diri atau lebih spesifik lagi Pemikiran Pemimpin...
Syaza ada ajak YANG TIDAK PERLU DISEBUTKAN NAMANYA join Pemikiran Pemimpin.. Tapi dia suruh Syaza join Pengurusan Keluarga.. Memang tak ar!


Dia cakap nanti kalau dia dah join Pemikiran Pemimpin tiba2 Syaza dapat SPA, Syaza akan tinggalkan dia... So, Syaza cakap ar yang dia ada Shira Aziz... Sebab tu Shira ajak dia, nanti dia boleh temankan Shira Aziz time HBU.. ;p
Pandaikan Syaza~

Sunday, August 21, 2011

Ntah pape ntah

Hai semua..
Syaza tolong ibu Syaza buat kuih raya.. Huhuhu.. Sampai tertidur kat depan oven..hahahahaah
 Teruk tol..
Pas siap kuih raya tu.. Ayah ajak pergi shopping raya.. Bestnye!
Tapi Syaza tak beli apa2 pun.. Tengok2 je..
Syaza buat Speaking Practice dengan group BEL120 Syaza..Hahahhaaa.. Kat facebook beb.. hahahahaa.. Lawak tol layan dak2 nie.. Sabar je lah~

Friday, August 19, 2011

another interview

Hai semua..
Hari Syaza pergi interview SPA untuk jawatan Pembantu Pembedahan Pergigian....
Senarai nama untuk interview ada dalam 20 orang tapi yang muncul hanya 4 orang.. Huhuhuh
Ni ar surat tawaran tu... ;p



Soalan2 yang panel tanya semua Syaza jawab dengan yakin. tak kira ar tau ke tak.. Syaza jawab je.. Senyuman mesti ada.. Hahahahahhaha

Tuesday, August 16, 2011

Test

Hai semua...
Minggu nie mcm2 perkara yg memenatkan berlaku...
  1. quiz bio
  2. test grammar
  3. test kimia
  4. tutorial math  >kene mula buat nnt abis sem kene submit<
  5. tutorial fizik >pas raya kene submit<
  6. interview
  7. pentomen
byknye..... Ni yg perasaan malas meluap-luap... hhuhu..

Monday, August 15, 2011

Happy~

Hai semua..
Syaza tak tau ar apa dah jadi dengan Syaza ni...
Petang sebelum berbuka puasa kawan Syaza ada call, ajak pergi bazar.. Tapi Syaza tak nak.. Sebab nak makan hot plate kat anjung lepas solat maghrib.. Tiba2 tengok anjung gelap gelita.. Apakah yang telah berlaku? Black out~ No.. Bukan black out tapi mmg sengaja off lampu sebab dak2 ni nak layan badminton.. Malaysia vs. China.. Konon nak feel lebih ar tu.. Huhuhuu..
Syaza dah ar lapar gila... Buka minum air mineral je.. Sebenarnya ada minum nesvita tapi oleh kerana ianya sejenis susu.. Maka ia telah keluar balik.. Huhuhu.. sengalkan? Susu pun tak boleh minum...
Sedih gila bila tengok anjung gelap.. Perut dah main orkestra~ Tiba2... handphone bunyi... Alamak ada sms ar pula..

~ wei, ko kt ne?
- aq kt bilik ko
~balik bilik ko jap, aq ade something nk bg kt ko.
-ok

~Shyra Sahar
- Syaza

Syaza pun balik ar bilik Syaza... Tunggu si Shyra Sahar ni... Dia on the way dari KL...
Ada orang bagi salam.. Hehehheheeh.. dia da sampai..
Wow! KFC? Dia macam tau je Syaza tengah lapar.. Huhuhuhu...
Shyra Sahar beli KFC untuk geng kelas kitorang...
- Shyra Sahar
- Syaza
- Shira Aziz
- Adiba (tak ada sebab belum balik kampus lagi)
- Fikri
-Rahim
- Asyraf
- Baihaqi
- Abu Qhurairah
-Azim

Kitorang makan kat wakaf sebelah SM6..
Huhuhuhu.. Tak sia2 Syaza tahan lapar.. Dapat makan KFC.. Hahahahahaaha,.,
Teruk tol Syaza ni kan?

Sunday, August 14, 2011

~out~

Hai semua...
Semalam Syaza keluar ke Seremban dengan kawan2 Syaza.. Semua sekali 6 orang termasuk Syaza..
Best gila lepak dengan diorang...
Syaza tak banyak shopping pun..Just bawa Syira Shahrudin & Fatanah pergi round satu Terminal One... hahahaha...
Syaza cuma beli.....


novel & komik


shawl


handbag


Kitorang buka puasa kat Kuala Pilah.. Berbuka kat KFC Pilah.. Huhuhuhu...
Pas balik dari Pilah, kitorang lepak kat anjung jap... kejap lah sangat! sampai pukul 12 a.m.
Best gila! Syaza asyik ketawa je semalam... Huhuhuhu..

Saturday, August 13, 2011

Wednesday, August 03, 2011

penat~

Hai semua...
Hari ni dah hari ketiga kita puasa... Eh, kawan2 puasa tak? Huhuhuhuhu.. Tak baik tipu tau... Puasa ke tak puasa ni?Hari ni Syaza berbuka puasa dgn makanan kegemaran Syaza.. Bayangkan... Banyak gila yang Syaza beli.. Dah macam nak buka puasa untuk satu family.... Hahahahahahaahahaha.. Teruk betul!!
Tadi time kelas kan... Lecturer pun dah pening nak layan kitorang.. Mana tak nya.. Banyak sangat songeh nya..
Syaza ingatkan nak wat bisness assignment aw.. Tapi bila tengok muka kawan2 Syaza tak sampai hati ar pula... Ya lah.. Ilmu ni tak baik disimpan, perlu dikongsi bersama. Tapi idea nak wat bisness tu pun agak relevan ar juga sebab assignment tu memang susah... Syaza pun nak wat satu soalan makan masa 1/2 jam.. Bayangkan ar nak wat 6 soalan? Lama tak lama? Hahahhaahahaha... Satu soalan RM1... Cuba bayangkan 6 soalan RM 6... Tak termasuk kos penghantaran ke kolej masing2... Hahahahahahaahaha... Kaya Syaza kalau Syaza teruskan niat tu.. Tapi Syaza kesian dengan diorang, so Syaza bagi je diorang copy.. Baik kan Syaza? Hahahhahaahah.. Riak lah pula...

Monday, August 01, 2011

Hari Pertama Berpuasa di Kampus

Hai semua..
Macam mana dengan puasa hari ni? Ok or k.o? Huhuhuhu...
Syaza rasa hari ni tak penat pun walaupun tak bangun sahur. Bukan tak nak bangun tapi tak sedar.. Hahahahhaa.. Teruk betul..
Kelas pulak dari pagi sampai petang, ada satu kelas je.. Yang lain batal... Hahahahaa.. I like!!
Tak sabar nak berbuka... Huhhuhu..