Saturday, April 16, 2011

Akibat Bosan

Artikel nie aq dpt drpd 1 buku yg aq bace time bosan.... Tbe2 ps bace, rse cam nk share dgn korg plak... Ayt dlm artikel nie skema n nmpk formal.. Alah, cm news gak ar...




London - Mungkin terlalu berlebihan apabila disebut yang perasaan bosan mempercepatkan kematian. Namun, perkara itu benar-benar terjadi dan sekumpulan pengkaji serta saintis sudah membuktikannya. Menurut pengkaji, seseorang yang dilanda rasa bosan akan lebih cepat mengalami kematian akibat penyakit jantung dan strok.
Berdasarkan hasil kajian yang dilakukan oleh pengkaji dari Universiti College London, orang yang sering mengeluh bosan memiliki risiko meninggal dunia akibat penyakit jantung dan strok dua kali lebih besar berbanding orang yang jarang bosan.


Lebih daripada tujuh ribu peserta berusia 35 hingga 55 tahun menyertai kajian ini. Para peserta itu diperhatikan selama 25 tahun.
Hasilnya menunjukkan peserta yang sering rasa bosan selama hidupnya, diketahui 40% lebih banyak meninggal dunia pada akhir kajian itu. Sementara itu, peserta yang jarang rasa bosan atau dapat mengatasi rasa bosannya dengan baik dapat bertahan hingga kajian itu berakhir.
Hasil kajian yang didedahkan dalam The International Journal of Epidemiolog ini juga menunjukkan yang wanita dua kali lebih cepat merasa bosan berbanding lelaki. Pegawai yang masih muda dan pekerja bawahan pun dikategorikan sebagai golongan yang paling mudah mengalami kebosanan.





So, bile aq fikir-fikir blik; tkut pun ade... Kite kene kawal thp k'bosanan kite n cari o buat something yg akn m'hilangkn bosan kite... ;p

1 comment:

  1. wah.... nice la noreen!! haha bgus2 ad improvement..nnt ley cite byk2 lg... hehe :)

    ReplyDelete