Thursday, December 06, 2012

~ Resepi Kek Batik~

Hai semua...
Hari ni Syaza nak update resepi kek batik yang dikehendaki oleh my sisters....

Bahan2:

8 biji telur ayam
1 1/2 kg biskut marie
2 tin susu pekat
2 cawan koko
2 sudu esen vanila
2 cawan air
1 biji buttercup
garam secubit
2 cawan gula pasir

Cara2:

1. masukkan gula + telur ke dalam kuali@periuk. pukul sehingga kembang. jangan buka api dulu.
2. masukkan kesemua bahan kecuali biskut. buka api dan masakkan sehingga mendidih (ada meletup2 tu). pastikan coklatnya tidak sampai pekat.
3. masukkan biskut marie yang dipatahkan dua bahagian. kacau rata.
4. masukkan adunan ke dalam bekas yang sesuai.
5. sejukkan. sedia untuk dimakan

p/s: dah buat nanyti sila2 lah post ke rumah... :p

1 comment: