Wednesday, March 21, 2012

Not 1st love n not the last but at the 1st sight~

Aku tak nak jadi sungai
Sentiasa mengalirkan kasih sayang dan pandang hadapan
Aku tak nak jadi laut
Sentiasa tenang dan menunggu kau datang
Aku tak nak jadi angin
Hanya hadir seketika cuma
Aku tak nak jadi pokok
Hanya menjadi tempat kau bersandar dan berteduh
Aku tak nak jadi haiwan
Hanya minta dibelai dan dilindungi
Aku tak nak jadi mentari
Hanya hadir dikala siang
Aku tak nak jadi bulan
Hanya ada di malam hari
Aku mahu jadi langit
Sentiasa ada untuk memayungi kau
Sentiasa ada untuk memerhatikan  kau
Sentiasa ada dikala siang dan malam
Aku mahu hadiahkan kau pelangi dan bintang
Agar kau sentiasa tersenyum dan berseri
Langit mampu menggambarkan isi hatiku
Cuba lihat di langit kala ini
Begitulah aku untukmu

kredit kepada seseorang insan yang mampu menggetarkan hatiku...

No comments:

Post a Comment