Wednesday, February 22, 2012

Love

Tiba2 pula Syaza nak cerita pasal cinta..
Gatal sangat ke?
Hahahahahaha
Baru2 ni, Syaza ada kenal dengan seorang makhluk Allah yang bergelar Adam.
Dah lama Syaza tak fikir pasal kaum Adam ni aw... Tiba2 kemunculan Adam telah mengetarkan jiwa Syaza kembali.
Bukan tak pernah bergetar cuma baru2 ini makin laju. Mungkin ini dikatakan jodoh?
Gediks!
Mula nampak di facebook, tak ada niat nak add pun...
Nampak ketika mengendalikan satu program dalam masa yang sama Adam turut terlibat dalam menjayakan program tu.
Perkenalan tidak berakhir di situ sahaja apabila seorang teman mengenalkan Adam pada Syaza. Hanya menganggap ia sebagai urusan profesional namun getaran tak dapat dibendung. Syaza ingat selesai urusan bersamanya segalanya akan berakhir namun kampus UiTM Kuala Pilah ini tidak sebesar mana.
Sekali lagi kami berurusan.
Kalau dulu umpama hubungan antara client namun kini boleh dianggap sebagai teman seperjuangan. Hati ini semakin bergetar. Setiap hari berjumpa dan saling berkomunikasi. Degupan jantung terus laju. Harap2 Adam tidak tahu bisikan hati Syaza kerana Syaza tak mahu dikecewakan lagi dengan sesuatu yang tidak pasti.
Bukan putus asa namun berhati2. Syaza tak nak pisang berbuah 2 kali kerana bila nasi sudah menjadi bubur segalanya hancur lebur dan akhirnya Syaza yang akan merana sendiri..
Mungkin ini titik permulaan untuk Syaza lupakan cinta pertama dan beralih ke yang baru?
Mungkin ini juga akan jadi seperti dulu?
Segalanya Syaza serahkan kepada takdir.....

2 comments: