Tuesday, November 29, 2011

Demam~

Hai semua....
Syaza rasa macam tak sihat je hari ni, Syaza baru balik dari Selangor...
Minggu ni cuti Maal Hijrah... Diba jemput gi wedding abang dia, Syaza pun joinlah... Kitorang gerak dari hari Jumaat and balik kampus balik hari Isnin.
Tema wedding abang Diba warna biru... Cantik pelamin dia.... Syaza ada amik gambar tapi dekat kamera Zach and Shira Aziz. Ramai gak budak kelas yang datang..
  • Shira Aziz
  • Shyra Sahar
  • Syira Shaharuddin
  • Zach
  • Baihaqi
  • Ajim
  • Rahim
  • Fikri
Ramaikan? Hehehehehe.... Lepas balik dari wedding kitorang lepak rumah Syira, zach and Ajim nak balik awal sebab nak tengok bola dekat stadium (bestnye tapi nasib baik tak jadi pergi sebab Malaysia kalah 2-3 degan Bahrain tapi tak apa Syaza tetap sokong team Malaysia).

Lepas dak2 ni blah..Syira bawa kitorang yang tinggal (Shira, Shyra and Syaza) pergi Tutti Fruitti...
Syaza mana pernah try benda tu semua... Bantai je lah, follow pakar... Syaza pilih perisa coklat + vanilla + coklat cair + biskut rokok (alah biskut yang roll + panjang macam rokok) + buah apa ntah yang penting sedap dan masam... Yummy!

Lepas bantai Tutti Fruitti, kitorang hantar Shyra ke KTM yang dekat dengan umah Syira sebab dia nak balik umah dia dekat Rawang. (KTM: dekat sangat dengan umah Syira + Syaza asyik dikenakan oleh diorang pasal KTM yang Syaza ingat jauh dari umah Syaira dan memerlukan pengankutan).

Syira bawa Syaza and shira gi JJ (jaya jusco) Shira + Syira shopping lagi padahal diorang dah shopping banyak before Syaza datang umah Syira... Sabar je lah~ Syaza macam biasa, cari kedai buku... Novel..... Syaza beli novel baru and 1st novel untuk sem ni.... Huahuahuahua.... Layankan aje ea....

Lepas balik kolej terus rasa nak demam... Kepala pening gila... Tak larat nak bangun.... Baju pun banyak lagi tak basuh...Teruk betul!  Dah makan ubat tapi macam tak kebah pun... lagi sakit ada ar...

No comments:

Post a Comment