Friday, July 22, 2011

Minat...

Hai semua...
 Syaza nak cerita pasal minat Syaza... Minat Syaza ni lain daripada yang lain.. Tapi dalam family Syaza je ar.... Syaza merupakan satu2nya ahli keluarga yang meminati.....



Yang peliknya, Syaza minat Harimau Malaya je.. Yang lain2.. Memang Syaza tak layan.. Kekadang sampai gaduh sebab bola... Mana tak nya, ibu Syaza suka dengki Syaza.. Dia cakap Malaysia main confirm kalah.. Tapi Syaza akan sentiasa support.. sebab Syaza ni fanatik gila dengan Harimau Malaya... lantaklah orang nak kata apapun..
 Macam tadi, Syaza tengok Harimau Malaya vs The Blues... Rasa cam nak nangis sebab ibu asyik cakap Malaysia kalah... Walaupun Malaysia kalah, tapi kalah Malaysia bermaruah.. Bukan senang nak lawan dengan Chelsea FC.. Dah ar dia angkut semua yang power2 cam Torres, Drogba, Lampard..... Sabar je lah~
 Nasib baik tengah cuti semester, kalau tidak.. Syaza mesti terlepas 3 perlawanan.. Malaysia vs Liverpool, Malaysia vs Chelsea and Malaysia vs Singapore..
 Isu bola sepak ni kan, pernah dibahaskan dalam kelas Syaza tau.. Sesetengah pelajar lelaki mempersoalkan tentang minat perempuan terhadap bola... Ada yang berterus-terang menyatakan yang mereka tidak suka akan perempuan yang gila bola... So, bila dia dah cakap macam tu.. Memang Syaza dah reject awal2.. Suka hati ar nak minat ke tak nak minat ke? Sekarang ni zaman dah moden.. Minat tidak semestinya ingin melakukan... Syaza minat bola sepak, tapi Syaza tak minat nak main.. Syaza suka tengok player2 tu main.. Semangat...
 So, Syaza akan terus support Harimau Malaya tak kira menang ataupun kalah..



Syaza paling minat Muslim Ahmad.. Pertahanan Malaysia... Orang semua minat penyerang macam Safee Sali or Safiq Rahim.. Tiba2 Syaza minat pertahanan pula..Hehehhehehehehe

1 comment:

  1. why aku minat nasril nourdin?? entah la, hehe

    ReplyDelete