Friday, April 22, 2011

Hai semua.....
 
Hari nie aq nk share 1 tips utk hilangkan gemuruh time b'ucap.... N aq rse tips nie ade 1/2 yg blh d'gunakan juga dlm interview... :P


  • Berdoa supaya diberikan ketenangan dan kejayaan ketika berucap...
  • Tarik nafas dalam2. Cara ini mampu mengurangkan rasa gugup apabila berhadapan dgn org ramai..
  • Fikirkan bahawa hadirin itu umpama rakan2 yg sering anda temui dan berbual mesra...
  • Masa peringkat awal elakkan daripada memandang terus ke arah audiens tetapi pandang ke aras kepala mereka seperti anda memandang diri mereka..

  • Datang awal ditempat yg bkl anda memberikan ucapan agar anda mengenali dan menguasai lokasi tersebut...
  • Dekati hadirin dan berbual dengan mereka kerana secara psikologi ia mampu memberi keyakinan kepada anda untuk berucap...
  • Selepas separuh berucap, pandang mata para audiens dengan mesra dan yg melemparkan senyuman kepada anda atau orang yg mengangguk kerana dengan cara itu anda tidak akan rasa tertekan berbanding melihat orang yg berwajah serius..
  • Yakin pada diri anda dan terus berfikiran positif..
  • Elakkan daripada pegang kertas kerana apabila anda gementar, ia akan kelihatan terketar-ketar dan ini akan menambahkan tekanan..
  • Cuba hafal ucapan yg awal2 agar anda kelihatan yakin semasa berada dihadapan khalayak..
  • Melemparkan soalan kepada audiens juga merupakan salah satu cara membuang rasa takut dan gementar..
  • Buat persediaan yang cukup seperti mendapatkan data, statistik, info dan contoh yg sesuai supaya anda dilihat sepuluh langkah di hadapan berbanding khalayak..
  • Berlatih dan terus berlatih membuatkan anda lebih bersedia...
  • Buat permulaan berdiri di belakang podium atau rostrum akan membunuh rasa takut dan gementar namun kawal bahasa badan dengan tidak berpegang pada rostrum berkenaan..
  • Berjalan di tengah khalayak ramai apabila anda sudah berasa lebih yakin. Dalam masa yg sama anda sudah menjalin hubungan dengan mereka...
  • Kenali khalayak sebelum anda naik ke pentas kerana ia dapat membantu anda dengan bahan pengucapan, lawak jenaka dan sebagainya...
  • Ramalkan soalan yg bakal ditanya oleh audiens kerana anda perlu bersiap sedia dengan jawapan yg tepat..
  • Jgn beritahu audiens ketakutan anda kerana mereka tidak tahu jika anda tidak menunjukkannya dengan perbuatan..
  • Elakkan menghafal keseluruhan teks kerana ia akan menambahkan tekanan...
  • Bercakap dengan perlahan supaya ia lebih jelas untuk didengari oleh audiens.....

So, ini je yg aq mampu nk share.... Benda nie pun aq dpt drpd seseorg... ;-)

No comments:

Post a Comment